Saturday, 26 December 2015

No more school life

Bismillah.

Alhamdulillah, 2/12 haritu dah habis SPM. Last paper was engineering drawing.


Alhamdulillah tak susah sangat hihi suka sangat dapat jawab dengan baik hehe. Tak sangka dah habis sekolah. Sekejap je rasanya sekolah menengah ni. Mesti nanti rindu kat sekolah, kawan, cikgu and life about school.


 Dulu masa masuk form1 tengok akak akak senior be like "wahhh bestnyaaa dah besar jadi senior tak sabarnya nak habis sekolah" padahal baru form1 hahaha. Tapi rasa tu tak lama pun, sekejap je dah masuk 17 tahun. Sangat sekejap. Masa berlalu dengan sangat pantas. Ye sekarang ni memang rasa sangat best dah habis sekolah. Rasa freedom! No more school uniform! No more school!


 But rasa sangat boring bila duduk rumah lama lama. Hahah. Lepas habis spm ni kerja aku tengok movie/kdrama/tv, makan, tido, belajar masak dan online opkosss. Hahaha what a life. Hari hari buat benda sama.


Macam macam orang aku jumpa lagi lagi pasal 'kawan'. Banyak aku belajar dalam kehidupan ni. Cehh poyonya haha. Tapi after this my life will be more tough right. Bila dah habis sekolah ni, lagilah macam macam orang yang aku akan jumpa dan kenal after this. My life akan lebih mencabar lagi hahah lol.


Hati memang dah lega bila dah habis spm ni just risauuu gilaaa nanti result macam mana hahah. Takutnyaa. Ya Allah harap sangat aku lulus semua subject dan aku lepas masuk matriks. Ameen. Semoga semuanya dipermudahkan. 😊

No comments: