Wednesday, 30 September 2015

10 perbuatan kita yang membuatkan kawan kita TIBA-TIBA menjauhkan diri

Bismillah.

Post ni aku ambil dari blog (siapamahubahagia). Bila aku ambil post dari blog lain bererti dia ada berkaitan dengan life aku.Tapi dari blog ni aku ambil yang penting sahaja.

Sebab aku sedar banyak perkara, bahawa :

(1) KAWAN bukan seorang yang sentiasa ada di mana kita ada, sentiasa buat perkara yang sama dengan kita, sentiasa bergelak ketawa dengan kita, tapi KAWAN ialah seorang yang sudi dengar masalah kita, dan membuatkan kita tenang, bukan bertambah serabut.

(2) KAWAN tidak boleh dibina dalam masa sekejap, KAWAN perlu dibina dengan masa yang sangat panjang. KAWAN yang dibina dalam masa sekejap, dia tidak mampu mengenal siapa diri kita.

(3) Kalau kawan kita selalu buat kita terasa, maka tinggalkanlah dia. Dia tak layak digelar KAWAN.

(4) Jadilah seorang KAWAN yang baik, dan bila kita bertemu dengan KAWAN yang baik, jangan tinggalkan dia. Hargailah dia.


Aku cuba mengamalkan dalam hidup aku, untuk menjadi seorang KAWAN yang begitu menghargai KAWAN. Sebab bagi aku, cari KAWAN yang betul-betul, lagi susah dari cari AWEK dan BOYFRIEND.(aku potong sebab post ni aku ambil dari orang lain dan aku tambah sikit!) hahaha

Sepanjang hidup aku, aku dah banyak dikecewakan oleh kawan-kawan yang dekat dengan aku, mungkin disebabkan dengan aku sudah lama banyak beralah dengan mereka, sebab aku sayangkan persahabatan aku, namun disebabkan aku lebih terluka dalam menjaga persahabatan aku, maka aku berundur.
Kerana aku tidak mampu untuk terus kuat dalam kekecewaan berkawan.

Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada Allah S.W.T, sebab walaupun aku banyak dikecewakan, banyak dikilankan, banyak terasa hati, namun aku berjaya menjumpai KAWAN-KAWAN yang membuatkan aku kuat.
Setiap hari, aku cuba bermuhasabah diri, tengok aku ni banyak buat orang suka aku, atau sebaliknya. Aku paham, bukan semua orang karakternya sama dengan kita, namun aku bukan mencari kawan yang sama perangai, yang hot, yang pandai, yang cantik, blah blah blah.

Namun aku mencari KAWAN, yang buat aku selamanya tenang. Macam Saidina Abu Bakar R.A yang selalu ada di sisi Rasulullah S.A.W.
Walaupun KAWAN aku taklah mungkin sanggup biarkan kaki dia digigit ular seperti Saidina Abu Bakar R.A (rujuk sirah ketika hijrah Rasulullah S.A.W), namun aku hanya memerlukan seorang KAWAN yang :
"MENGHARGAI AKU SEADANYA, DAN LAYAN AKU MACAM KAWAN."

Aku sentiasa cuba untuk mengamalkan, bahawa kalau kita nak dihargai, maka kita hargailah orang lain. Namun, bukan selama-lamanya kita harus beralah dalam persahabatan. Walaupun mungkin teori aku ni tak dipersetujui, namun aku berpendapat, lagi elok kita jaga perasaan kita sendiri, daripada jaga perasaan orang lain, apatah lagi kalau kita lebih banyak rasa pahitnya hempedu, daripada manisnya madu kan?

So, aku nak menyenarai 10 perkara besar, yang membuatkan KAWAN kau, terasa hati, terkilan, tersangat kecewa dengan kau, iaitu apabila :

(1) Kau selalu nak MENANG setiap kali kalau berbeza pendapat. Meskipun kau hanya nak buktikan bahawa KFC lebih sedap dari McD. Mula-mula memang KAWAN kau boleh sabar, tapi bila dah selalu kau je yang betul, maka saat tu berhati-hatilah, KAWAN kau mula akan berjauhan.

(2) Kau terasa hati dengan KAWAN kau, namun KAWAN kau tahu bukan dari mulut kau, tapi dari mulut orang lain. Dah nama pun kawan, so kenapa kau tak terus terang je dengan KAWAN kau yang KAWAN kau tu buat salah. Mungkin sebab kau tak nak KAWAN kau kecik hati, tapi kenapa pulak kau cerita ketidakpuasanhatian kau tu kat orang lain? Yang menjadi bala kat sini, bila orang lain tu yang bagitau dengan KAWAN kau yang kau tak puas hati dekat KAWAN kau. Maka saat itu, KAWAN kau akan sangat kecewa, sebab kau tak berterus terang dengan dia.

(3) Kau buat seolah-olah KAWAN kau tu tak wujud di depan mata kau. KAWAN kau tu rasa macam loser gila, padahal kan selalu lepak sama-sama? Waktu tu, rasa loser yang amat menyebabkan KAWAN kau tu mula benci kat kau.

(4) Bila 2 orang kawan kau yang sama lepak-lepak, di depan kau, kau melebihkan kawan yang seorang lagi daripada KAWAN kau yang seorang lagi. Memanglah, tak salah, sebab kita ada kawan rapat. Tapi kalau dah sama-sama rapat, tiba-tiba kau lebihkan yang seorang lagi, mestilah KAWAN kau tu rasa TAK DIHARGAI. Masa tu, jaga-jagalah, KAWAN kau tu dah nak berpisah dari persahabatan kau.

(5) Bila KAWAN kau sudah puas beralah dengan kau, sanggup ikut kepala kau, tapi kau tak pernah nak beralah dengan KAWAN kau. Kalau camni, mana-mana orang pon tak tahan.

(6) Bila KAWAN kau cerita masalah dekat kau, kau ambil mudah je. Memanglah kau tak boleh selesaikan masalah dia, namun sekurang-kurangnya, jadilah pendengar yang baik, bukan buat bodoh je. Sebab itu tanda KAWAN kau tu percaya dekat kau.

(7) Bila kau buat seolah-olah kau yang je yang terbaik, dari mana-mana segi pon, KAWAN kau akan terasa sangat. Sebab KAWAN kau rasa rendah diri, dah kau je yang terbaik?

(8) Bila gurauan kau tersangat pedih. Meskipon kau dah lama kenal dengan KAWAN kau, tapi jangan buat lawak-lawak yang menyentuh peribadi dia. Mungkin KAWAN kau gelak, namun sebenarnya dia sangat terasa.

(9) Bila kau buat KAWAN kau sebagai ALAT. Time ada kerja baru nak cari KAWAN kau, time-time lain takde pon kau nak layan KAWAN kau tu. Mungkin mula-mula KAWAN kau tu buat biasa je, tapi bila kau rapat dengan dia disebabkan KAWAN kau tu ALAT yang berguna, masa tu KAWAN kau akan sedar hakikat, bahawa dia seorang ALAT, bukan KAWAN.

Dan, KAWAN kau akan mula menjauhkan diri daripada kau, bila kau,

(10) TAK HARGAI KAWAN KAU.

Walaupun hanya 10, namun itu sudah cukup menyakitkan hati seseorang, apatah lagi dia rapat dengan kita, selalu ke mana-mana, tapi kita mula buat dia begitu. Mestilah dia rasa terkilan, terasa hati.

Sepatutnya, bila kita rapat dengan dia, maka kita kena lebih jaga persahabatan dengan lebih elok. Mungkin dia KAWANkita yang terbaik, tapi kita dah sia-siakan dia?
Bila KAWAN kita selalu beralah dengan kita, maka itu tanda KAWAN kita tu sayangkan persahabatan, sebab dia boleh je nak tegakkan pendirian dia, namun disebabkan ia lebih membawa kepada pergaduhan, so dia rela kalah, rela nampak loser di depan mata kita, padahal kita tak sedar hakikat ni.

Sekarang ni susah nak jumpa KAWAN yang betul-betul HARGAI kita, jadi bila kita dah jumpa, jagalah dengan baik-baik.
Bila kita ada seorang KAWAN yang dulu memang rapat gila dengan kita, ke kelas sama-sama, tidur bilik sama, cerita sama-sama, makan sama-sama, DAN KAWAN kita tu sekarang mula jauhkan diri dengan kita, itu disebabkan kita banyak buat dia terkilan, terasa hati, kecik hati, makan dalam.

Maka kita pon jangan buat-buat BODOH, atau jadi BODOH, atau EGO sangat, PERGILAH cari KAWAN kita tu, dan mintak maaflah dengan bersungguh-sungguh. Kalau kau sedar kau bersalah, tapi kau hanya mintak maaf dengan SMS atau REPLY KOMEN FESBUK, apa benda tu?
Kau hanya mengeruhkan hati KAWAN kau yang dah tersangat keruh dengan perangai kau.

Common on la, tak boleh ke jadi matang?
Hargailah semua KAWAN kita. Memang semua manusia akan berubah, namun janganlah dengan perubahan kita tu menyakitkan hati KAWAN kita. Jika salah, belajarlah mintak maaf secara bersemuka, bukan just SMS je, tu EGO namanya.

Hidup kita kena sentiasa menghargai KAWAN kita, sebab mati kita ni BUTA, mungkin KAWAN kita yang sungguh kita sayang tulah yang akan kecewakan kita, macam story aku?
Hakikatnya, mungkin dengan KEMAAFAN YANG TULUS, mungkin boleh jernihkan keadaan. Bila kita angkat EGO kita terlalu tinggi, apa? KAWAN kita tu pon takde EGO ke?
Jangan rasa diri kita hebat, sebab siapalah manusia tanpa KAWAN?

Bila suatu hari nanti diri kita pula yang menjadi MANGSA, masa tu baru kita tahu, bagaimana perasaan KAWAN kita yang dah kita kecewakan tu.
Jadi jangan buang masa lagi, kalau ada KAWAN anda yang mula menjauhkan diri dari anda, maka TURUNKAN EGO ANDA, dan sambungkanlah tali UKHUWAH yang dah nak tercabut.

Sebab andai tercabut, maka anda akan menyesal.

No comments: