Monday, 11 April 2016

Back to my fangirling life. #part1

Hai. Tajuk kelakar ek haha. Yes aku mengaku, aku tetibe back to my fangirling life which is fangirl with my favourite boy band lah!  Guess whooooo my fav band??? Jengg jengg jenggg! It's BIGBANG gaissss . Omg they are so adorable and handsome okay hihi. Back again to my kpopers life omg 

Okay lah dia cemni tau. Aku sebenarnya memang dah lama minat kpop since aku darjah 5 ke 6 eh lupalah tapi around 2009/2010 tulah. Kawan aku yang minat kpop ni dulu actually, so aku tetibe macam wahhh tertarik ah kan (cakap jelah terpengaruh haha) tengok style, music and mv diaorang ni, gempak gempak kot. Rasa macam best je en layan music diaorang so apalagi jadi fangirl dah lepastu tetibe obsessed lol. Lagi lagi boleh fangirl fav group kita dengan kawan sendiri, best giler kot! Teringat kat sek ren dulu asyik gossip pasal kpop je hahah omg. Tapi pelajaran dan etc aku tak abaikan ok even minat giler.

First kpop group yang aku minat dulu ialah Girls Generation/Snsd (tapi ni girl group lah). Aku memang minat giler dengan Snsd ni kawan2 aku pun minat gak. Bukan gak je. Tapi memang minat giler. Diaorang ni ada 9 orang tapi sekarang tinggal 8 je sebab Jessica dah keluar . Semua cantik cantik kot kaki semua peh lawo lawo hehe. Yang dalam snsd ni aku paling minat Soo Young, dia paling tinggi and kuat makan dalam group ni! Hahah. Okay, kiranya aku dulu ni Sone lah kan. Sone ni panggilan untuk fans Snsd. Aku memang layan semua lagu diaorang dulu siap donwload mv, beli album/single music(tapi tak semua lah), photocard and merchandise diaorang lah. Memang minat giler sampai rasa macam nak beli semua je barang diaorang xD ok im broke okay dulu lepas beli merchandise diaorang pastu gigih kumpul duit nak beli lagi haha. Tapi aku takdelah beli semua merchandise pasal diaorang sebab tak banyak duit kot! Aku still budak sekolah tak mampu lainlah aku kerja haha.

Tapi kawan aku ni lagi high minat dia ni haha semua benda dia beli kira collection dia hampir complete. Dia lagi banyak beli sebab dia anak doktor bolehlah citer en haha. Bukan Snsd je aku minat dulu! Banyak giler group aku minat dulu macam: Ft Island, Super Junior, CnBlue, Boyfriend(ada kembar dalam group ni!), 2ne1, Beast, 2pm, Shinee and Bigbang (okay aku rasa ni je kot yang paling minat ar). Tapi paling minat gegiler dulu Snsd sampai merchandise dia pun beli lol. Kiranya dulu aku memang layan ar lagu kpop ni tak kisah group apa yang music sedap sedap ar kan haha tapi kalau fav group memang layan macam ape je siap nak ikut menari sekali hahah lol.

Then, naik sek men aku macam dah kurangkan sikit kpop ni. Sebab takut terasa macam nak beli merchandise lagi lol tapi still layan lagu diaorang just tak nak ambil kisah pasal diaorang tak nak jadi fangirl jap haha. Okay aku ingat last aku beli barang Snsd time aku form3 beli baju t-shirt Snsd hahah. Tulah last.
Memang lepastu kurang giler kot pasal kpop sebab nak tumpukan pelajaran kononnya xD tapi layan gak kdrama. Kdrama memang layan dah dari dulu sampai sekarang sebab drama diaorang best! Lagi lagi drama Boys Over Flower and Princess Hours. Oi tu kdrama wajib kena tengok dulu kalau nak start layan kdrama lain sebab memang best hahaha . Omg Kim Tan aka Lee Min Ho siapa je tak kenal .

Okay panjangnya entry aku kali ni dahlah baru part 1 macam buat karangan dah xD btw yang tadi tu baru intro lol. Entry part 2 nanti nak tunjuk gambar merchandise yang aku pernah beli hehe.
So cemana aku boleh tertarik balik minat kpop ni? Omggggg kalau baca mesti kelakar haha. Tertarik balik sebab tengok dance practice Bigbang and aku dah habis sekolah dah habis spm so duduk rumah je rasa macam dah gemuk so kenalah buat sesuatu en nak kurus. Aku buatlah workout and menari cam orang giler dalam bilik so aku menari terkinja kinja tu ikut dance practice Bigbang kat youtube...... dan aku dah hafal step by step dance lagu Good Boy and Bang Bang Bang.........hahaha..... disebabkan menari je kot.......

Taeyang and Gdragon menari sexy sangat. Paling sexy Taeyang dia paling pandai menari hehehe. Aku memang minat menari ni lagi2 lak dance diaorang tu choreographer best kot! Siap aku ikut sekali dance practice cover orang lain huhuhu lawak. Bistu dah lelama tu cam dah terminat balik Bigbang. Nasib Bigbang je. Tapi bukan minat balik sebab menari je banyak sebab nantilah aku letak sebab tu kat part2 lol.

Dalam bigbang ni aku paling minat leader dia,  G-dragon aka KwonJiYong  he sooooooo cuteeee hehe. Dan aku baru je pre order merchandise bigbang kat igshop ni hahahaha tengoklah habit nak membeli merchandise group yang aku minat dah datang balik. Tapi aku dah taklah nak beli album ke pe sebab macam rasa membazir tapi kalau aku dah kerja nanti aku beli kot one day! Hahahaha. Lagipun merchandise tu murah kot sebab tu ar beli ekekeke.

Oklah sambung part 2 nanti macam panjang sangat dah ni tapi tak puas lagi nak story ni  even takde sape pun baca blog aku hahahah ok hambar. Nanti part 2 sambung balik story aku boleh minat balik bigbang ni and gambar merchandise yang aku pernah beli tapi tunggu barang bigbang aku sampai baru aku buat part 2 hihi.

Okay bye, xoxo.

Friday, 11 March 2016

So down.

Hai. Its been a week after ive got my result. Yeah its spm result.

Alhamdulillah its okay walaupun aku tak berapa nak puas hati sangat with my result haha. So yeah rasa frustrated and messy a lot! Rasa kecewa dengan diri sendiri.

Apa yang diharapkan dan diimpikan selama ini tidak ditunaikan hm. Its okay Zatie. Its not the end of the world. Its just a beginning to start your new life! Chill!! There is a lot of opportunity out there. I can do better after this, insyaAllah. I must struggle and work hard to achieve my dreams!

Yeah you know it feel so sad if ur dreams not come true. I iz co caddddd 😭. Maybe ada hikmah disebalik semua ni. Allah dah tentukan our journey right. So yeah just move on. Ada benda yang lebih baik akan datang nanti dalam hidup kita.

Allah plans is better. 😊

Tuesday, 23 February 2016

Semuanya baru! Yehuwwww

Header baru. Suka ngatttt!! Buat sendiri jer. Senang gilerrr. Cantikkan? kehkehkeh. Senang giler nak buat header ni. Tak payah pakai Photoshop nak install semua benda bagai. Pakai Microsoft Excel and Paint jer hihihi.

Kalau nak tahu macam mana buat tutorial header yang senang giler ni, klik je kat link bawah ni ok:

Tak payah nak stress, pecah kepala nak tunggu sabar bagai nak install Photoshop lah apelah. Dah ah lama nak install huhu. Thanks sis buat tutorial tu. Bermanfaat sangat! kehkehkeh.

Satu blog aku ni pun semua dah baru, semangat sikit nak aktif berblog balik kehkeh. Link pun baru. Lifes ranger? Hahaha aku main type jer. Aku suka perkataan ranger. Nak buat loneranger tak available pula. Emm malas gak nak post entry sebenarnya tapi tengah sibuk baca blog blog peberet aku jer.

Eh dah nak pukul 1 woiiii. Nak kena masak lunch. Tak masak kena maghaahhh. Hoii aku dah pandai masak tauuuu, dah boleh kahwin hahahaha ;)